Friday, October 23, 2009

Skuad Peninjau ExtraGear!

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera…Lama betul tak kemaskini blog ni...Bukan apa, tak ada kayuhan2 “hardcore” seminggu dua ni…Masing2 sibuk la katakan...Kayuhan santai2 tu ada laaa,so nak update blog pun rasa“buhsan” sket.Walaubagaimanapun, Hari ni agak bersemangat sket nak update blog setelah berjaya membuat kayuhan sempoi pagi tadi.Tak ramai yang dapat menghadirkan diri pagi ni, hanya Blogger dan Mat Abang jer.Fikir punya fikir, kami ambik keputusan untuk menerjah dan membuat kayuhan ke Trek2 yang tak pernah kami ride lagi disekitar sg ara ni.Akhirnya, setelah bertungkus lumus meredah trek baru hari ni,dan setelah berjaya berperang dengan “anjing2” banjigan yang merentasi perjalanan kami, maka kayuhan hari ni boleh la dikatakan “agak” berjaya la jugakj walaupun misi kami untuk mencari jalan kerumah Biru menemui jalan buntu...Nak terus meredah pun kang takut terlepas smyg jumaat plak nanti kalu tak jumpa jalan keluar...huhu...memang kaw jgk la…maklum la,trek baru, banyak la kena patah baliknya bila dah sampai kejalan mati.Tak cukup dengan itu, Kami layan plak reverse karpet trail,walaupun tak naik lepak kat karpet,Kira Ho ho ho liao la jugak.Layankan sedikit “gambo2” yang sempat dirakam oleh “skuad Peninjau” kami hari ini…Adiosh…!


Kayuhan Bermula agak lambat hari ni.Hampir tak jadi dah...nasib baik ada penyertaan last menet...

Ahhaaa...Jalan kecil sebelah kiri tu la yang kami terjah....Jeng jeng jenggg...


Alamak...Dah kena patah balik dah...Simpang banyak singat, Kena try and error jer laaa..

Single trek yg muat2 tayar basikal..ngeri betul...

Time ni peluh dah ala2 mandi dah...penangan Trek Pacak..

Peace...Nak trek besaq ka, nak trek Kecik belakang tuuu...

"kita layan trek Besaq dulu...Kalu tak boleh, Kita patah balik"...Mat abang...Kesdahannya, memang trek tu Tak boleh diteruskan disebab....

Noohhh...Ambik..Pintu pagaq tutuppp...turun balik la jawabnya..huhu.

Alang2 dah naik...Misti kena pose dulu skeping ..hehe

Terjah pulak trek kecik tadi...Percubaan pertama dari mat abang...Trek ni mg licin gile...

Tu dia..percubaan pertama yg gagal...Prisip pengayuh tegar, Pantang mengalah,Cuba skali lagi...

Percubaan Pertama dari Blogger....Pun Kantaoi gak...tak boleh kayuh sebab licin sangat.Better Be safe than Merojoi...!

Kayuh punya kayuh...Jumpa jalan mati gak..tuan tanah tak bangun tido la sb tu pintu pagaq tak bukak...huhu..


Nasib baik DownHill...layannn...


Sekonyong konyong(bahasa yg diiktiraf oleh DBP nih) kami sampai dijalan Besaq..Uit..magic ni...Aktiviti memakai Mask utk terjahan seterusnya....

Ni la trek yang akan dilayan semula..Alamak,Tanda amaran tu menakutkan jer....Hentam jer laa...

Mat Abg lead the Way...

DownHill yang mengerikan..dah la Luka baru baik...Pelan2 naaaa...


Akhirnya..Misi terjahan berakhir disini dulu utk hari ni...Jom layan Reverse kapet plak...Lain kali kita sambung misi tinjauan kita...

KeReverse karpet....

Alamak...Dalam Hutan ni pun ada Air Pancut...Sempoi betui...

DownHill Ke Cherry Blossom...Sesampainya ditrek ni, maka secara rasminya kayuhan hari ini ditamatkan...

Gambar Penutup Blog hari ini, Sebuah Jentera yang menarik perhatian Gua dan mungkin juga sesuatu yang ingin kita lihat,Kereta peugeot model 404...Kalu ada duit,sambaq keta ni,pastu Upgrade...sempoi nihhh..Huhu...

OK...itu saja utk hari ni...Jumpa lagiii!

Sunday, October 18, 2009

KPPR : Kayuhan Pecah Peluh Raya@deepavali

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....Masuk hari ni dah cecah seminggu la kiranya tak buat kayuhan selepas jamboree BM tempohari.Jadi, nak tak nak kena kayuh gak la,dah gian sangat dah...Oleh kerana tak dapat bersama rider2 lain ke Kayuhan pecah Lemak Raya(KPLR) ke haadyai...Maka hari ni (Oct 17)gua pun buat kayuan sendiri dengan tema Kayuhan pecah peluh Raya (KPPR)...tapi sempena raya deepavali jer laaa..hehe.kiranya cukupla untuk pecahkan muruku2 raya deepavali yang belum lagi dihadamkan sepenuhnya dalam perut..keh keh kehh...Penyertaan KPPR ni tak berapa baik, hanya Gua sorang jer yang berjaya menghadirkan diri..kah kah kah..Destinasi hari ni adalah ke trek "ikut handle nak pi" jer.Layan sikit Road dan seterusnya terlepaih keTrek baru yang belum pernah lagi gua terokai iaitu ke Pantai essence.Trek yang agak santai jer,Climbing pun ala2 manja jer...cukupla utk memecahkan peluh2 yang dah lama bersarang...Layankan sedikit gambar yang sempat di"snap"..

Masa ni dah masuk ke perkarangan zon industri bebas fasa 2 kot.area ASE-Batu Maung.

"perkampungan" syarikat2 pengangkutan dan kastam.

Ni la dia Single trek yang gua terjah hari ni..sempoi jgk, cuma "cuak" la jgk sorang2 dalam utan nih...

Alhamdulillahhh..jumpa gak kawasan pantai nan indah..sejuk mata memandanggg...

" Ditepi pantai yang indahhhh..Ku duduk seorang diriii..suasanaaa..sepiiii"...

Dah sampai ke "unridable" part kat trek ni...Anak2 tangga yang berlumut...

Ni dah sampai puncak dahhh..dah tak berani nak pi lebih jauh..kang tersasar naya jer...tak pasal2 sampai ke Pulau Jawa...huhu.


Time balik...masa utk My Flat Black merida plak posing...nak suruh hang ambik gambaq aku tak boleh..meh aku jer amik gambaq hang...hehe.

Dalam kolam tu ada anak2 ikan...ingat ada org buat la kolam nih...

Yehaaa....Trek mencilok yang best...Gud bye..nanti mai melawat len...

Ok..Tu jer utk Kali ini..jumpa lagiii...

Monday, October 12, 2009

RACE DAY@BM JAMBOREE

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua riders dan pengunjung blog ni… Setelah beberapa hari cuti berkayuh akibat 2 kali jatuh basikal minggu lepas, maka, hari ini dengan semangat dan tekad yg membara, gua gagahkan juga kaki untuk sama2 menyertai BM jamboree/Race day hari ini.Dari desas desus dan khabar angin, Sambutan Jamboree kali ini agak meriah dan menerima lebih dari seribu penyertaan dan sememangnya, Berita itu adalah memang benar kerana dikatakan kehadiran “rider2” hari ini menghampiri seribu(1000) orang.Memang ramai dan meriah….

Seperti Biasa...”Dalam perlumbaan Besar sebegini, Sakit kepala menggangu Prestasi saya...”..apa plak nih..Iklan panadol actifast la pulok...!

Seperti Biasa,Gua bermula dikelompok pertengahan hari ni, jadi macam biasa la agak lambat untuk dapat membuat pengasingan dari pengayuh2 lain apalagi dengan banyak eksiden2 dan rider yang jatuh disebabkan trek yang licin akibat hujan yang diturun dari permulaan kayuhan lagi...Pengasingan hanya berjaya dilakukan selepas 5km++ kayuhan...Walaubagaimanapun, setelah 35Km berkayuh, Otot betis dah Paha plak buat Hal...”Krem Beb" Adusss...Huhu...dah la apa2 minyak angin pun tak bawak.Mujurlah boleh masih boleh “survive” dan berjaya menyambung kayuhan seadanya setelah berehat seketika...dah tak boleh push sangat dahh..takut tak sampai kat finishing line nanti.Ntahla pasal apa teruk sangat krem hari ni, 2,3 kali...mungkin sebab byk hari tak kayuh,dah tu, sampai jer tadi terus hentam kayuh tanpa buat sedikitpun regangan.Apapun syukurlah,terpaksa berpuas hati ditempat ke-71 daripada keseluruhan penyertaan walaupun tak mencapai target pribadi.Lagipun

Secara keseluruhannya,Trek jamboree kali ni boleh la dikatakan agak mencabar la jugak...Kepelbagain trek yang terdiri dari jalan berbatu batan, berpasir, Berselut sehinggalah kejalan bertanah keras dan lembik memang memberikan cabaran kpd semua riders.Ditambahlagi dengan kayuhan diladang kelapa sawit, ladang getah,Semak samun dan hutan rimba yg memerlukan konsentrasi sepenuhnya terutamanya ketika berkayuh dalam trek akar2 pokok yang besar dan licin.Belum lagi dikira kayuhan diLereng2 bukit yang bercerun dan berbahaya...

Dari segi penyertaan, Boleh dikatakan disertai oleh semua rider2 diserata pelusuk negeri la...Ada yg dari Selatan, Timur,barat dan semestinyala riders2 dari Utara.Tak ketinggalan juga beberapa orang peserta luar negara/Mat saleh yang mungkin bertugas diMalaysia menyertai kayuhan hari ni...

Apa2hal pun, Cuma sedikit terkilan dengan pembahagian Goodies yang mana kebanyakan saiz T-shirt tak sama seperti yang dicatatkan dalam borang penyertaan...dengan alasan dr penganjur, Saiz dah habis.Kalau dah mintak saiz S, tapi dapat saiz L...macamana nak pakai...Buat baju tidoq je laaa....Apa2pun kita tunggu dan lihat komen2 dan feedback dari semua rider nanti tentang penganjuran jamboree ini...

Layankan sedikit gambar yang sempat dirakam hari ini.Tak sempat nak rakam banyak2...Rugi masa sebab kena berenti banyak kali...lagipun trek merbahaya, tak boleh cuai..tu pun jatuh jugak sekali...mujur tak ada kecederaan serius, Cuma luka lama jer berdarah kembali..huhu.

Total Distance:53Km.

Inilah Laluan berliku yang telah berjaya direntasi (Red Line)...Yehaaa!!!(Picture ehsan tanpa permit dari adiharriman Blog...hehe.Tq bro).

Dalam remang2 sinar mentari pagi...Gua dah start kayuh kereta menuju ke jambatan...Destinasinya adalahhh...Tasik Mengkuang....

Bersama dengan Geng2 penang "Extragear" cycling Club.Aktiviti memasang dan "melararaskan" jentera masing2...

Bersama Bro Boy....Pengasaa ExtraGear....

Mat Abang dah bersedia utk bertarung....Yang sorang lagi tu dok terkenagkan apa lagi ntah laaa.

Ni dia blogger bersama "instant" power energy generator...Kismis dan coklat Snickers...hehe

Suasana pagi diMengkuang Dam...

Berada distarting Grid...Dan seperti Biasa, rekod penyertaan gua dlm jamboree ni tak pernah dapat front Pole, slalu kat tenga2 ataupun kat belakang...huhu.nak wat camana org lain sesudah subuh dah mai tunggu kot...hehe

Mr Yazid...Penyertaan race/jamboree sulung katanyaaa...Dapat lesen khas hari niii..hehe


Kelihatan awan Gelap diatas sana..hujan renya2 dah stat turun dahhh...siap la jap lagi...



Masing tak sabar2 menunggu "flag Off'....


Tunggu lagiii...


Lautan manusia yang membanjiri Tasik Mengkuang pagi ini...Semuanya dengan semangat berkobar2...


CountDown....5,4,3,2,1,0,1,2,3,...dah nak stat dahhh...

Ahhhaaaa...Cik Chun kantoi dok tolak basikal....kah kah kah..ni dah sampai dipermulaan langkap dahh..kalu tak silap lebih kurang 5km++ kot....


Offroad...



yang mampu kayuh...yang tak mampu seperti biasa laaa..terima la azab menolak basikal...huuhu

Offroad Ladang kelapa sawit....

Ada yang dah terduduk dah punnn....

Ladang Getah....

Ladang rerumputtt....

Unfinish Climbing Business....

Bila kepenatan mengatasi kudrat...tiada apa yg mampu dilakukan selain rehat yang mencukupi..hehe.

Bila kaki tak mampu lagi mempuat putaran 360 degree, hanya berjalan secara normal saja jalan terbaik untuk terus menggerakkan jentera masing2...

Alamakkk...gambar ni diambil masa dah complete kayuhan...This is what we called "Mountain Bike"...Belemuihhh!

Close UP....Macam ni kira tak teruk lagi laaaa...

Posing duluuu...

Ketibaan Cik Chun....Penat yer banggg....

Bergambar dulu bersama Cik Chunnnn...

Intelliurs......Bersama Mat Abang yang menggondol Tempat ke-14 hari...powerrr..power...kalu push lagi sket buleh dapat pemegang Jersi kuning....Huhu.

Aktiviti mencuci basikal..Kalu tak naya la nak sumbat dalam keta jap lagi...kena Q daaa.....

ni nak basuh basikal ka nak main2 nihhh!!!...

Ketibaan Bro boy dan Isteri.....Puan Ros adalah peserta pertama(kategori wanita ) yang sampai di Finishing line....tahniahhhh....

Aik...tu bro odd tuu..apa barang mai pakat smat2..hehe...Odd jadi pemerhati jer hari ni...entah apa kena pun tak tau tak mau join today event!...huh.

Sessi makan2 bersama kawan2 sambil ditemani lalat....meriah sungguh....

Yehaaa...Inilah jentera tungangan gua hari ni.Nasib baik dia tak "cramp" macam ridernya..huhu

Bro Yazid,Abg Deris,bro sufian and the gang!....

Cik Chun,Nizam and de gang....Cik chun dah ensem dah.datang balik utk ambik "kona Full suss" utk kategori cabutan bertuah jap lagi...hehe..

Bro boy bercerita kpd mat abg dan Faizal dreamwerkz sambil menutup muka menahan sebak....Haha...Yang sudah tu sudah la bro boy...Tak pee..tahun depan cuba lagi..hehe.

Antara Pemegang jersi Kuning utk kategori lelaki dan wanita hari ni...Tahniah Puan Ros kerana mengharumkan geng2 Extragear!!!....Syabbas....

Time ni dalam pukul 2:30 dah(6 hrs ++) from the kick off time.Masih kelihatan riders yang tak berputus asa dan bersemangat waja menghabiskan kayuhan masing..Syabbas....Kat Belakang pun ramai lagi...

Tasik Mengkuang yang menerima Ribuan pengunjung hari ini...Jumpa lagiii..

Aik....Alahaiii...Pak Nasir Dok Hirit dalam keta rupanya..patut tak nampak pi ambik hadiahhh...Hehe.

Thats it for this time...congrats to me and all the participant, see ya!!!...