Seperti Biasa...”Dalam perlumbaan Besar sebegini, Sakit kepala menggangu Prestasi saya...”..apa plak nih..Iklan panadol actifast la pulok...!
Seperti Biasa,Gua bermula dikelompok pertengahan hari ni, jadi macam biasa la agak lambat untuk dapat membuat pengasingan dari pengayuh2 lain apalagi dengan banyak eksiden2 dan rider yang jatuh disebabkan trek yang licin akibat hujan yang diturun dari permulaan kayuhan lagi...Pengasingan hanya berjaya dilakukan selepas 5km++ kayuhan...Walaubagaimanapun, setelah 35Km berkayuh, Otot betis dah Paha plak buat Hal...”Krem Beb" Adusss...Huhu...dah la apa2 minyak angin pun tak bawak.Mujurlah boleh masih boleh “survive” dan berjaya menyambung kayuhan seadanya setelah berehat seketika...dah tak boleh push sangat dahh..takut tak sampai kat finishing line nanti.Ntahla pasal apa teruk sangat krem hari ni, 2,3 kali...mungkin sebab byk hari tak kayuh,dah tu, sampai jer tadi terus hentam kayuh tanpa buat sedikitpun regangan.Apapun syukurlah,terpaksa berpuas hati ditempat ke-71 daripada keseluruhan penyertaan walaupun tak mencapai target pribadi.Lagipun
Secara keseluruhannya,Trek jamboree kali ni boleh la dikatakan agak mencabar la jugak...Kepelbagain trek yang terdiri dari jalan berbatu batan, berpasir, Berselut sehinggalah kejalan bertanah keras dan lembik memang memberikan cabaran kpd semua riders.Ditambahlagi dengan kayuhan diladang kelapa sawit, ladang getah,Semak samun dan hutan rimba yg memerlukan konsentrasi sepenuhnya terutamanya ketika berkayuh dalam trek akar2 pokok yang besar dan licin.Belum lagi dikira kayuhan diLereng2 bukit yang bercerun dan berbahaya...
Dari segi penyertaan, Boleh dikatakan disertai oleh semua rider2 diserata pelusuk negeri la...Ada yg dari Selatan, Timur,barat dan semestinyala riders2 dari Utara.Tak ketinggalan juga beberapa orang peserta luar negara/Mat saleh yang mungkin bertugas diMalaysia menyertai kayuhan hari ni...
Apa2hal pun, Cuma sedikit terkilan dengan pembahagian Goodies yang mana kebanyakan saiz T-shirt tak sama seperti yang dicatatkan dalam borang penyertaan...dengan alasan dr penganjur, Saiz dah habis.Kalau dah mintak saiz S, tapi dapat saiz L...macamana nak pakai...Buat baju tidoq je laaa....Apa2pun kita tunggu dan lihat komen2 dan feedback dari semua rider nanti tentang penganjuran jamboree ini...
Layankan sedikit gambar yang sempat dirakam hari ini.Tak sempat nak rakam banyak2...Rugi masa sebab kena berenti banyak kali...lagipun trek merbahaya, tak boleh cuai..tu pun jatuh jugak sekali...mujur tak ada kecederaan serius, Cuma luka lama jer berdarah kembali..huhu.
Total Distance:53Km.

Kelihatan awan Gelap diatas sana..hujan renya2 dah stat turun dahhh...siap la jap lagi...
Masing tak sabar2 menunggu "flag Off'....
Tunggu lagiii...
Lautan manusia yang membanjiri Tasik Mengkuang pagi ini...Semuanya dengan semangat berkobar2...
CountDown....5,4,3,2,1,0,1,2,3,...dah nak stat dahhh...
yang mampu kayuh...yang tak mampu seperti biasa laaa..terima la azab menolak basikal...huuhu
Ada yang dah terduduk dah punnn....
Unfinish Climbing Business....
Bila kepenatan mengatasi kudrat...tiada apa yg mampu dilakukan selain rehat yang mencukupi..hehe.
Bila kaki tak mampu lagi mempuat putaran 360 degree, hanya berjalan secara normal saja jalan terbaik untuk terus menggerakkan jentera masing2...
Alamakkk...gambar ni diambil masa dah complete kayuhan...This is what we called "Mountain Bike"...Belemuihhh!
Close UP....Macam ni kira tak teruk lagi laaaa...
Bergambar dulu bersama Cik Chunnnn...
Intelliurs......Bersama Mat Abang yang menggondol Tempat ke-14 hari...powerrr..power...kalu push lagi sket buleh dapat pemegang Jersi kuning....Huhu.
Cik Chun,Nizam and de gang....Cik chun dah ensem dah.datang balik utk ambik "kona Full suss" utk kategori cabutan bertuah jap lagi...hehe..
Bro boy bercerita kpd mat abg dan Faizal dreamwerkz sambil menutup muka menahan sebak....Haha...Yang sudah tu sudah la bro boy...Tak pee..tahun depan cuba lagi..hehe.
Tasik Mengkuang yang menerima Ribuan pengunjung hari ini...Jumpa lagiii..
Aik....Alahaiii...Pak Nasir Dok Hirit dalam keta rupanya..patut tak nampak pi ambik hadiahhh...Hehe.
Thats it for this time...congrats to me and all the participant, see ya!!!...
No comments:
Post a Comment