Friday, May 6, 2011

Buhsan...

Salam semuaaaa....
Akibat rasa "Kebuhsanan" yang agak melampau, Aku terpanggil utk menulis sepatah,duapatah dan 3 patah perkataan kat sini hari ni,kalau terlebih dari 3 patah tu makna kata tahap kebuhsanan aku tu tu tinggi la jgk...
Hari ni, bangun jer dari tidur,rasa kabur plak mata aku ni...satu sebabnya adalah sebab bangun lambat.Maklum sajalah baru abis kerja malam minggu ni.So nak tune mata ni utk tido awai tu agak susahla sket.Ada 2 hari lagi sblm kerja shift pagi pulak, harap2 sempat la bat tuning atau balancing mana2 yang patut.Pastu buleh la start kerjapagi ngan tenang.
Pagi tadi jugak, bangun jer tidur, trus layan blog2 politik dalam dan luar negara.Tringin gak nak mengomen dan memberi pandangan tentang senario politik tanah air yang dilanda pelbagai cerita2 menarik sejak dua menjak ni, tapi malas la pulok.Bukan apa, blog aku ni lebih menjurus kepada blog2 yang merapatkan hubungan sesama insan terutamanya rakan2 "gerek",Karang dok komen pasal politik, Lain pulak jadinya nanti...hehe.
Bercerita kembali pasal mata kabur tadi tu...Benda ni dah lama aku terperasan sebab yang kabur tu mata belah kanan jer.yang belah kiri plak masih lgi power...Alhamdulillah laaa.Sebelum ni ada la pergi buat spek, dah 2 pasang dah, tapi pakainyer tidak...Bukan hapa rasa tak selesa la pulak.Apalagi kalau dok kayuh MTB ni.Rimaih....
Sebenarnya, Kekaburan mata belah kanan aku ni ada cerita yang tersembunyi.Jadi hari ni apa salahnya aku bongkarkan selingkar kisah yang terjadi pada diri aku kira2 20 tahun lebih yang lalu...
Begini ceriteranya,
Masa tu aku skolah rendah lagi laaaa.kalu tak silap baru dajah 5 Aku ni kira nakai la jugak.Tp memandangkan aku ni kira antara yang "genius" gak kat sekolah tu,Maka kenakalan aku tu tak menghalang aku utk menjawat jawatan2 penting dalam kabinet sekolah seperti ketua darjah dan ketua pengawas sekolah.Itu menunjukkan, tahap kenakalan aku ni kiranya masih pada tahap terkawal.
Ada satu hari tu, masa tu kelas Agama.Nama ustad yg mengajar tu adalah Ustaz mat Arifin.orangnya agak hensem nganspek tebainyer.Nak kata garang, tak la garang sangat.Cuma yang tak bestnyer, Tabiat dia ni suka Baling kapoq yang dia guna wat tulis kat papan itam tu kat budak2 yang tak bagi perhatian kat kelas dia.Biasanya member2 aku jer yang kena.Aku ni kira jaranggg jarang dan kaddanggg kaddanggg jer la.Nak jadikan cerita, Kebetulan hari tu aku ni agak agersif sket kot dalam kelas, tp tak la sampai menggangu kelas dan sampai tak beri perhatian kelas dia.mgkin mood dia kurang baik kot.Seingat aku, Aku tunduk nak ambik sumthin' yang jatuh kat bawah meja, Tapi bila aku dongak jer kepala Tetiba jer aku nampak Penyapu papan hitam melayang kearah aku..."Debooshhh"...Benda tu hinggap kat mata belah kanan aku.Hadoi..Hari ni dia tak baling Belen kapor(bahasa inggerisnya "Chalk") dah, Tapi penyapu papan hitam yang diHawingnyer...Dah la baru digunakan utk sapu papan itam.Aduiii..sakitnyer tok sah cerita laaa.Yang lagi sadisnya, aku try buka mata, tp tak boleh.Aku terus lari keluar kelas pergi ke toilet.Aku basuh muka puas2, tapi malangnya, bila ku buka mata depan cermin, mata belah kanan aku ni tak nampak apa benda pun.yg aku boleh nampak ngan mata kiri aku, cuma warna putih campor kemerah-merahan yang seakan darah jer dalam mata tu disebabkan kapur yang telah termasuk dan kena anak mata aku.Alamak...Buta mataku...Pikir aku.
Agak lama aku kat toilet.Apalagi...dok menyedihkan diri la mengenangkan nasib mata ku.Bila aku balik ke Kelas, Aku tengok dah ramai cikgu2 lain termasuk cikgu besar sekali dok tunggu.Rupanya Ustaz tu dah cuak ngan apa yg dia buat kat aku.
Dipendek kan cerita.Orang tu aku pun dipanggil mai ke sekolah dan selepas tu aku diantar ke spital.2 minggu gak la aku kat spital tu.Hari2 kena cuci dan lepas tu 2 bulan plak kena follow up.Tapi sebab spital tu jauh sgt nak ulang alik.Jadi tak dah habis tempoh masa yang doktor cadangkan tu.Bila dah OK sket, orang tu aku pun kata, tak yah pi dah la kalau dah Ok...Aku setuju jer laaa...masa tu mana nak ingat apa dah.Rupanya kesan dan merangkap side effectnyer membawa sampai sekarang ni.Especially sejak 5,6,7 tahun kebelakangan nih...huh....tensennnn...
Berbalik pasal citer uztaz tadi tu, nasib la dia buat kat aku zaman tu, kalau sekarang ni,teruk gak la dia kena menjawab ngan jabatan dan mau kena saman dia tu.Tapi memandangkan orang tua aku pun malas nak cerita panjang,Dia di"Ampun"kan oleh orang tua aku walaupun pada hari kejadian tu ustaz tu terpaksa berkampung kat dalam sekolah sampai kepetang sbb ramai pak2 menakan dan sepupu sepapat dok tunggu kat luar pagar sekolah...Tapi orang tua aku la redakan keadaan dan selesaikan hal ni dengan aman.Apapun yang tek bestnyer, dan yang nak tanggungnyer adalah aku.huhu.."terima kasih ustaz"....
Begitulah ceritanyaaa....
Jadi, moral of the story, Kepada para pendidik, Berhati2 lah dalam apa jua tindakan kerana tindakan anda yang diluar jangkaan mungkin akan menyebabkan orang lain merana.Kepada pelajar pulak, belajar lah rajin2..jangan dok main2.Kepada rider2 pulak, Pakai la spek yang cerah kalau mata rabun, bahaya masa downhill nanti...hehe.
OK la, tkat tu jer, Nak siap pi mesejid dah, smayang jumaat.
Heppy cranking!!!...

No comments:

Post a Comment