Sunday, March 28, 2010

Kayuhan Santai Sabtu...Santai kerrr?!!!...huhu.

Assalamualaikum and salam sejahtera to all.Sabtu lepas, satu lagi ride berjaya dilakukan.Kali ini, GuaBaro boy, Mat daniel and E Berkolaberasi ngan Sofian and the Gang yang menjadikan kayuhan hari ini lebih meriah dengan terkumpulnya kira2 15 orang riders.Trek hari ni dalah Sg Ara->T.kumbar/gertak sanggul>Pulau Betong->Bukit Genting-->T.kumbar-->Sg.Ara.Tahniah to all for make this collaboration happen.Dan hari ni juga geng extragear memecah tradisi dengan berjayanyer memulakan kayuhan sebelum pukul 7pg...hehe.kepp it Up...hehe...layannn...

Berkumpul ngan Sufian and the Gang di SP setia, bayan lepas...

Awal2 dah tayar rider yang pancit...hehe.

DiTeluk kumber..menuju Gertak sanggul.

Semua pakat warmup..ready ti climbing...

Posing dulu diKaki bukit...

Iklan Sat....Model pun fee jer...

Tak leh kayuh...tolak...unridable trail..jalan pecah2...

Mat Daniel...semakin kuat la i..maklum laaa rider no-7 kategori kanak2 riang perlis jamboree..he he he..

No komen...

Ni sapa wat lawak nih....Dah nak sampai pulau betong dah...seronok nyer mt E...


Ahhaaa...nin dia breakfast pagi ni dipulau betong..Pizza Melayu yang tak luput dek zaman @ Tempek @ Lempeng nyioq cicah kari...besttt...


Skali lagi...model tak rasmi dan percuma...

Azidi and de gang...depa pun layan tempek...siap kata sedap tuu..tak pernah makan pun ada...hehe.Lepaih ni bawak anak beranak mai serbu tempek mak cik ni la depa ni..hehe.


Makannn.....


On de way ke Bkit genting..Mat cuba membuat aksi wheeley..huh...cuba lagi...

Yang ni buleh la gagah....suku tiang pun tak dan...keh keh keh...


AWAS....Dah samapi dikaki Bukit Bukit Genting...

ujian yg pertama....Yg kedua-ketiga dan keseterusnya tak dan nak ambik dah...huh huh huh.

Majlis memberi komen mata sapa paling LEBAM!....Ada ku kesah!!!!

Aik..apehal Ni...Nampaknya samapi disini jer climbing ramai yang dah tak larat dan ada yang ada hal....masa pun dah byk terEXTEND!!!...so kami DownHill kejalan Bukit lama-->T.kumbar.len kali kita naik sampai puncak bukit genting....!

Alhamdulillaaahhhh...sampai dah diSg. Ara...

Gua Dan E meneruskan perjalanan...Time Ni panasnya toksah cerita laaa..dah dekat kol 12..sampai rumah kulit dah jadi mcm roti canai Garing...hehe.

That's All Folks...Jumpa lagi Yo!!!!...

Wednesday, March 24, 2010

Tragedi Puncak Kasih...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...pagi tadi, walaupun sambutan agak berkurangan, saya bersama 2 orang rider lain tetap meneruskan aktiviti kayuhan.Bersama Pak Nasir dan Abg Mat(Mat Komando), kami bermula pada pukul 8pg.Trail pilihan hari ni adalah melalui Trail Pokok Getah-->Puncak Kasih-->Trail Kapet.Kayuhan bermula agak baik pada mulanya, tapi setelah hampir menhabiskan climbing terakhir di Trail Puncak Kasih, Abg Mat terjatuh agak teruk disatu selekoh tajam menyebabkan luka2 dan lebam diLutut dan siku.Maklumlaaa, lama tak berkayuh, skill nak buka Clip tak sempat dilakukan, maka basikal naik tuan la hari ni.emmm, tapi dah nama pun Komando...Luka2 mcm tu dah perkara biasaaaa.hehe.Kayuhan kami hari ni juga, Dinanti oleh seekor ular kapak yg baekkk punya dok bertenggek ditepi laluan kami.Mujurlah tak ada apa2 kejadian yg ngeri berlaku...Saksikan sedikit gambar yg sempat dirakam...

Start awai la jgk hari ni..kol 8 dah bergolek naik dari Dinas.jalan dok basah2 sebab hujan semalam...

Dari Trail Kapet-->pokok getah, kami climb plak trail Puncak kaseh yg telah lama tak dikunjungi...sedap sgt climbing nihhh...


Diselekoh climbing ni la Abg Mat terjatuh....corner V yg tajam+Trail basah menyebabkan rider lost control.Kelihatan abg Mat dok rest sat...Jatuh kat ataih batu tuuu....Tapi tu dah kira Alah bisa,Penangan Trial Bike lagi Gaanazzz.Betui dak?

Ahhaaaa...Ni dia "penunggu" jalanan yg dimaksudkan..Nampak tak kat atas tong ayiaq itam tuuu?

kalu tak nampak..Nin Diaaa... Tak nampak lagiii???...Kata pakar...Ular ni org panggil Ular kapak hayun...Kalu kena patuk, Kita hanya ada masa kurang 1/2 jam utk mendapatkan Antivenom...Dengan kata lain, kalu dok ataih bukit, mmg tak sempat la nak downhill dahhh..

I had google some info about this snake...Untuk info semua dan sentiasa berhati2 masa riding...

Ular Kapak Malaysia (bahasa Inggeris: Malayan Pit Viper) ialah sejenis ular kapak yang terdapat di Malaysia dan tanah besar Asia Tenggara. Nama bahasa Inggeris ular ini, iaitu "pit viper", digelarkan sempena organ peka haba yang ditempatkan di dalam pit kecil di antara lubang hidung dengan mata di kedua-dua belah kepala. Ular kapak adalah antara ular-ular terbisa yang diketahui. Nama saintifiknya Calloselasma rhodostoma.Serupa dengan ular-ular pemangsa lain yang menyerang hendap atau duduk-dan-tunggu, Ular Kapak Malaysia mempunyai warna-warna krip yang menyamarkan ular ini ketika menunggu mangsa. Bagaimanapun, berbeza dengan pemangsa-pemangsa yang lebih aktif seperti elapid, ular ini tidak mencuba melarikan diri ketika mendengar bunyi haiwan yang mendekati, baik besar mahupun kecil.

Mcm biasaaa....Pak Nasir pantang nampak ular...Mesti nak melayan punyaaaa....eeeiiii...Ni la yg dikatakan org lama...siap nak tangkap bawak balik tu, cuma takdak bekas nak isi jer...last2 dia antaq jer ular tu masuk hutan sket, takut membahayakan org2 lain yg lalu kat situ...

Abg mat masih steady walaupun Lutut masih berdarah...

On the way balik, kami singgah diAir terjun ATM utk membersih luka Abg mat dah mebuat sedikit rawatan...Tu diaaa...!!!adusss...

Ni la yg dikatakan Komando....Boh ubat Luka mcm belerang tuuu...kesan nyer mmg baguih, tapi masa boh ubat tu katanya rasa mcm jatuh lagi skali pun tak sakit mcm rasa pedih boh ubat ...huhu.


Wallaweeyyy....Candid tuuu...Cuma blogger yg tau camera set to 10 second...nak la enterprem samaaa...

Tu sajalah untuk hari niiii.... Jumpa lagi Yooo!

Monday, March 22, 2010

Kayuhan Hujung minggu.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.On the last Sunday, Riding activities conducted again after a long rest upon successfully conquered RUN10 last week.today, our stroke activities began at hye keat trail toward to penang hill. after resting and recharged on the Penang Hill "rooftop", we are heading down through the Tiger hill and continue to Air itam Dam...only 4 persons able to make it on the day which is Bro Boy, Mat Abang boy junior(Mat daniel) and...who else haaa...Myself loooo....heh.. witnessed an interesting pictures which have recorded on that day...Yehaaaa....!


Pesawat yang digunakan sbg pengankuta hari ini....Pilot Bro Boy yang dibantu oleh Mat abang sbg Co-pilot tetap.

Yah...dah nampak dah bukit yang akan kami Tawan..berkabus wooo..besttt.

Get Ready...!


All set...and Go!...@ 8:30am.


Pit Stop...

Aih...!

The journey continued....

Huh..mcm pokok Lord of the ring daaa....Pokok yang kekurangan kalsium...

...Mat Daniel...Masih steady...hehe

Posing dulu...

The "DOG KING"....!


Dah Sampai "middle East" stations....Banyak halangan kat sini hari ni sebab kena kena tahan oleh pekerja2 yang sedang buat laluan train penang hill yang baru.Setelah kautim lebih kurang, depa bagi kami cross jgk...


Constructions in Progress...

Hati2...
Lepas ni, Penang hill train dikatakan mampu memuatkan 100 org dalam satu2 trip....emmm...tak payah lagi dok kena menunggu lama2 utk kepenang hill...
Berjaya menyeberangi....


View of georgetown....
Sampai dahhh
Tahniah utk mat daniel..masih lagi mampu tersenyummm


me???...Ok...

Nice View in Penang Hill
...
Jumpa ngan geng2 kayuh yg lain....awal sunggoh depa ni


Bunga2 yang berguguran menambahkan lagi kehenseman rider2 Exragear..hehe


Berkolaborasi ngan Geng Sifu N tongga dipuncak Penang Hill

Sifu N Tongga...

Mizan yg mem"follow" sifu N tongga berkayuh kepenang hill hai ni..kayuh dari umah tu.Bro boy kata, kalu perati betui2 pelu kat muka mizan venzo tu, dah macam peluh Masa nak "Akad Nikah dah"!!!!...hahaha....

....

Mat Daniel...1st time berjaya ke puncak penang Hill ngan Gereknyerrr....Syabbas...!Kalau tak takkan la dapat tempat ke-7 dalam kategorinyer di RUn10..kan kan kan....hehe.

nak balik dahhhh


Ladang ChaBhai....

Di tiger hill


Ke Air Itam dam


Air Itam dam

New DownHill Track...sempoi gak!...

Dah Nak sampai AID Base...

Bandar Air Itam...

Sampai dah ke Parking pesawat kami....Chargaish...!

Thal All Folks!..

Jumpa lagi!.