Wednesday, March 24, 2010

Tragedi Puncak Kasih...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...pagi tadi, walaupun sambutan agak berkurangan, saya bersama 2 orang rider lain tetap meneruskan aktiviti kayuhan.Bersama Pak Nasir dan Abg Mat(Mat Komando), kami bermula pada pukul 8pg.Trail pilihan hari ni adalah melalui Trail Pokok Getah-->Puncak Kasih-->Trail Kapet.Kayuhan bermula agak baik pada mulanya, tapi setelah hampir menhabiskan climbing terakhir di Trail Puncak Kasih, Abg Mat terjatuh agak teruk disatu selekoh tajam menyebabkan luka2 dan lebam diLutut dan siku.Maklumlaaa, lama tak berkayuh, skill nak buka Clip tak sempat dilakukan, maka basikal naik tuan la hari ni.emmm, tapi dah nama pun Komando...Luka2 mcm tu dah perkara biasaaaa.hehe.Kayuhan kami hari ni juga, Dinanti oleh seekor ular kapak yg baekkk punya dok bertenggek ditepi laluan kami.Mujurlah tak ada apa2 kejadian yg ngeri berlaku...Saksikan sedikit gambar yg sempat dirakam...

Start awai la jgk hari ni..kol 8 dah bergolek naik dari Dinas.jalan dok basah2 sebab hujan semalam...

Dari Trail Kapet-->pokok getah, kami climb plak trail Puncak kaseh yg telah lama tak dikunjungi...sedap sgt climbing nihhh...


Diselekoh climbing ni la Abg Mat terjatuh....corner V yg tajam+Trail basah menyebabkan rider lost control.Kelihatan abg Mat dok rest sat...Jatuh kat ataih batu tuuu....Tapi tu dah kira Alah bisa,Penangan Trial Bike lagi Gaanazzz.Betui dak?

Ahhaaaa...Ni dia "penunggu" jalanan yg dimaksudkan..Nampak tak kat atas tong ayiaq itam tuuu?

kalu tak nampak..Nin Diaaa... Tak nampak lagiii???...Kata pakar...Ular ni org panggil Ular kapak hayun...Kalu kena patuk, Kita hanya ada masa kurang 1/2 jam utk mendapatkan Antivenom...Dengan kata lain, kalu dok ataih bukit, mmg tak sempat la nak downhill dahhh..

I had google some info about this snake...Untuk info semua dan sentiasa berhati2 masa riding...

Ular Kapak Malaysia (bahasa Inggeris: Malayan Pit Viper) ialah sejenis ular kapak yang terdapat di Malaysia dan tanah besar Asia Tenggara. Nama bahasa Inggeris ular ini, iaitu "pit viper", digelarkan sempena organ peka haba yang ditempatkan di dalam pit kecil di antara lubang hidung dengan mata di kedua-dua belah kepala. Ular kapak adalah antara ular-ular terbisa yang diketahui. Nama saintifiknya Calloselasma rhodostoma.Serupa dengan ular-ular pemangsa lain yang menyerang hendap atau duduk-dan-tunggu, Ular Kapak Malaysia mempunyai warna-warna krip yang menyamarkan ular ini ketika menunggu mangsa. Bagaimanapun, berbeza dengan pemangsa-pemangsa yang lebih aktif seperti elapid, ular ini tidak mencuba melarikan diri ketika mendengar bunyi haiwan yang mendekati, baik besar mahupun kecil.

Mcm biasaaa....Pak Nasir pantang nampak ular...Mesti nak melayan punyaaaa....eeeiiii...Ni la yg dikatakan org lama...siap nak tangkap bawak balik tu, cuma takdak bekas nak isi jer...last2 dia antaq jer ular tu masuk hutan sket, takut membahayakan org2 lain yg lalu kat situ...

Abg mat masih steady walaupun Lutut masih berdarah...

On the way balik, kami singgah diAir terjun ATM utk membersih luka Abg mat dah mebuat sedikit rawatan...Tu diaaa...!!!adusss...

Ni la yg dikatakan Komando....Boh ubat Luka mcm belerang tuuu...kesan nyer mmg baguih, tapi masa boh ubat tu katanya rasa mcm jatuh lagi skali pun tak sakit mcm rasa pedih boh ubat ...huhu.


Wallaweeyyy....Candid tuuu...Cuma blogger yg tau camera set to 10 second...nak la enterprem samaaa...

Tu sajalah untuk hari niiii.... Jumpa lagi Yooo!

No comments:

Post a Comment