Sunday, July 19, 2009

"Serrounding" The Island Ride.

26 REJAB 1430H.Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua riders dan bukan riders yang mengunjungi blo ini.Seperti biasa,Hujung minggu sudah menjadi rutin tetap kepada pengayuh2 untuk melakukan aktiviti kayuhan masing.Tidak ketinggalan, kayuhan anjuran “Extragear” hari ini mendapat sambutan yang agak “Panas” dan berjaya mengumpulkan lebih dari sepuluh orang riders hari ini.Itupun setelah ditolak riders yang menarik diri disaat2 akhir walaupun janji sudah disimpul rapi sebelum itu.Nak buat macamana,Semua org ada masalah masing2.

Hari ini, lalaun yang telah dipilih adalah “Round Island” sebab ada diantara riders hari ini menggunakan Roadbike.Tapi ada special request pulak untuk mempelbagaikan trek hari ini, dan atas persetujuan ramai terutamanya riders mountain bike,Kami mengambil keputusan untuk membuat kayuhan offroad dan laluan yang dipilih adalah “Bukit Nyoya”.Secara keseluruhannya, laluan bagi Mountain Bikes Riders hari ini adalah Sg ara – Bukit Gambir—Green lane---Tanjong Tokong – Tanjung Bungah – Bt Feringgi – Teluk Bahang – Titi Kerawang Mountain – Balik Pulau --- Bukit Nyonya – Bukit Pak Latok—Sg ara, manakala, Road Bikes Rider melalui jalan bukit baru dan bertemu semula dipuncak pemandangan indah sebelum berkumpul di Kediaman Presiden.Total distance yang berjaya dikumpul hari ini adalah lebih kurang 70km.Riders2 hari ini terdiri dari Blogger(JAi), Boy,Presiden,Malik, Faizal,Mat Abang,Abg deris,Hamzah,Surie dan 2 org riders yang bergabung dengan kami diTeluk Bahang spt yg dijanjikan iaitu Pak Man dan Bro x.

Apa apapun, Kayuhan hari ini memang sedap, manis dan bersari sehingga ada yang menjilat siku dan lutut.Tahniah kepada semua rider kerana berjaya menghabiskan kayuhan hari ini mendarat kedestinasi dengan selamat walaupun meredah hujan lebat ketika kayuhan berbaki kira2 10km.Dan jutaan terima kasih kepada Mr presiden yang menjamu makan tengahari kami hari ini dengan hidangan istimewa Gulai Ikan Kerapu,Gulai Ikan semilang dan hidangan2 lain yang “Betul2 Ho liao”…Alhamdulillah, Semoga terus dimurahkan rezeki.

Ok lah.Itu saja untuk kali ini,Jumpa lagi dilain siaran….mari layan gambar2 yang dirakam hari ini.



Dikala insan2 lain sedang nyeyak dibuai mimpi, Gua dah ada kat atas "saddle" dan membuat kayuhan menuju ke Bukit Jambul menunggu kehadiran geng extragear dan lain2 dr sungai ara.Ni kat area Kayu nasi kandar


Upsss...Jam menunjukkan pukul 7:04 pagi dah...depa tak sampai2 lagi ni....hehe.Kayuhanbermula lebih kurang pukul 7:15 pagi dari Bukit jambul.

Malik Yang baru siap isi Minyak dipetronas Bukit gambir.

Aik, Ni pasai apa plak Menangis nihh..ishhhh..abis minyak dah ka, kan baru jer isi tadi...keh keh keh.

Ahhaaa..dah Ok dah..amboii..hensem pnnnn..Kelihatan Faizal The Pomen dan Boy yang naik road bike hari ni bersama mat abang.

Dah sampai di wilayah Green Lane.Kelihatan Mat abang sedang mengayu.Tadi sangkut traffic light la tu.

Approaching Tanjung tokong...

Huh..Kat area batu feringghi.dah start pecut dahhhh depa ni..huhu.

Huhhh..Sikit lagi dah nak cecah Teluk Bahang...

Sea Side riding yang indah dan menawan....

Mat Abg dan Fizal yang bergabung dengan salah seorang pengayuh teluk Bahanggg....

Brenti minum dan pekena roti canai kat Teluk Bahang...Meriahh meriahhh...

Sabaq press..nampak mcm geram jer kat Roti canai tuu..Ka geram kat sapa kaaa...Hehe.
Ok..Sudah2 la tuuuu..jom gerakkk...Jauh lagi ni..

Aih...gambar Blogger tadak lagi ni..meh amik skepin....

Mr pres,Hamzah dan suri...Bersantai di perkarangan Empangan T.Bahang...

T.Bahang Dam.Air nampak macam kurang sket hari ni..dah byk hari tak ujan...nak kena jimat2 air sket ni.

Kayuhan dah menghampiri perkarangan Balik Pulau...Nak makan buah meh la amik kat taman Buah ni...tapi bayaq laa..hehe.

Dan samapai dipuncak Bukit titi kerawang dah...Lepak2 sambil tgu smua sampai..jap g nak downHill dahhh....

Berkumpul bersama2 riders2 lain yang juga mengayuh hari ni....Biasalaa..weekend misti meriah ngan riders2.

Lepak2 sambil berborak ngan anothers riders....

Blaaa.blaaa..bla....

Semua dah ada..Jom teruskan perjalanan...

DownHill dahhh....Time to rest, Another Climbing waiting...

Mr presiden mengambil selekoh sambil diekori rapat oleh En.Malik

DiBalik pulau...Selepas aktiviti pecut memecut...

Ahhaaa..minum lagi...diPerhentian bas rapid...

....Perbincangan strategi diketuai oleh Abg Deris...

Mr presiden macam biasa laaa...Beramah mesra dengan memba2...

Ni diaaa..dikaki Bukit Nyonya...siap sedia la semuaaa...

Presiden dalam usaha menawan Bukit nyonyaaa..aii, mentang2 bukit nyonya,kayuh pn nampak mcm nyonya dahhh..hehe.

Half way...Aktiviti menunngu semua sampai sbl sambung kayuh...Awat Mr malik wat muka mcm tu...Macam muka "Cemas" jer..Hehe.

Ketibaan pres,Suri dan en. deris


Beramah mesra ngan tuan tanah sambil "bodek" buah moktan.Apek tuan tanah dah bagi sepokok, tak mau pulak...

Pres dan Mr malik bersama seorang lagi Tuan Tanah..jaga mau kuat tuan2 tanah ni, Biasalaa..kami berkayuh kot kawasan depaaa...

Ketibaan Hamzah...


Sembang2 lg sket..bg semua dapat nyawa balik...

Jom sambung Climbing lagiii...Aiii Mr malik..tak kan sedap sehingga menjilat handlebar koit...Kih kih kih.

Ketibaan pres dipendakian lain diekori rapat suri.

Blogger masih stedi lagi..bisalaaa..kena kontrol sket...hehe.

Aksi ala2 manja kucing scotland En malik bersama mat abg.hihi.

Lepak dulun sattt..truk sgt jalan tadii...

Single treking...

Sampai dah di persimpangan jalan besar Jalanbukit baru,B.pulau...

Ketibaan Pres dan Suri...

Huhhh...posing Ganaz nih...Mr presiden with his worth of 20K Elsworth!!!....Kayuhan hari ni mmg dah pulang modai dahhh...

View kebun Buah Nagaaa...cantik tuuuuu...

2 Otai extragear...

Uihh..ingat nak posing tadi...Pulun minum ayiaq la pulok.Cameraman tpun tak bagi signal lansung nak snap picture.Tak pa, biaq blogger jer contrl ensem...hihi.
Gambaq last ataih bukit sbl diLanda Ujan lebat...huhu...

Dah Samapi Umah Presiden dah...sambil tunggu hidangan istimewa siap,Kami dijamu dulu dengan buah2an tempatan...mok tan ngan manggisss...

Masa Untuk Makannnnnn....Manyaknya Laukkkk....Tunggu apa lagi...Sapede' laaa...Mmg perut dok berkeroncong nihhh....
GulaiKerapu,Gulai sembilang,Ikan goreng...emm...manyak tu.Tengok la sendirii...hihi.besttt..best.

Blogger pindah tempat la pulok.Teman Mr malik ratah Kepala ikan.haha.

Ok laaa..kenyang dah semua.Masa untuk Mengundurkan diri.Jutaan Terima kasih utk Mr Presiden utk hidangan yg lazat dan nikmat.Alhamdulillahhhh...

Spt biasa....penutup Blog hari ni oleh blogger.
Nak Rest plak.Adios...Jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment