Wednesday, July 22, 2009

COMMERCIAL BREAK:Episod Mai Cuci Basikal...

Yuhuu riders sekalian.Hari ni tak ada aktiviti kayuhan nak dikemaskinikan dalam blog.Tapi ada juga bahan lain yang agak menarik untuk dikonsi bersama.Hehe.Baru2 ni, lepas buat riding, basikal agak kotoq sket dengan tanah dan pasir yang melekat pada basikal especially on lower tube,Fork, rantai, cassete dan kawasan sekitarnya.Nak cuci sendiri ni mmg malas la sket.kalu lap2 tu boleh la gagah.hehe.

Maka, seperti Biasa Tempat yang dituju adalah "Car Wash" masnual la.Gua dah beberapa kali cuci kat sini dan hari ni tukang cuci wanita yang bertugas mencuci basikal gua.Rasanya kakak ni tokey kat sini la.Apa yang bestnya, Hari ni tanpa diminta Kakak ni cuci basikal gua "Luaq dan Dalam".Hangpa ingat keta jer buleh cuci luar dalam?...Paling sempoi skali...Siap Vacuum tuuu..hahaha.Gambar2 kat bawah ni sebagai buktinyaaa...Jadi, Untuk "extra effort" yang kakak ni buat kat basikal gua hari ni, Gua bayaq la lebih sket walaupun dia tak mintak...Sesapa yang nak cuci luaq dalam ngan vacuum skali,meh la kedai ni.Tapi pencuci kena pilih yang betui laaa...haha...Memang "Berbaloi Baloi...!!!!"


Kakak ni sedang bertungkus lumus mencuci bahagian hadapan termasuk bahagian drive shaft!...
Kusyen tu siap balut ngan plastik sebab ada lubang sket...kih kih kih.

Pembersihan dibahagian Roda belakang dan Rear Breaking system...huhu

Ah haaaa...Activiti mengeluarkan habuk dan kotoran menggunakan Vacuum pada bahagian suspension ...hehe

Proses me"vacuum" di bahagian steering wheel dan dashboard...Keh Keh keh.

Aktiviti membersihkan sport Rim sebelum prosess mengilatkan tayarrr...
Sempoi dak?....Gambaq merelit2 lepas cuci tak dan ambik dah sebab lepas tu dismantle boh dalam keta balik...haha.
Adiosh....

No comments:

Post a Comment