Sunday, August 9, 2009

Riding Update:Episod Kayuhan Jalanan...

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua….Seteleh beberapa hari menyepi dari aktiviti kayuhan,Blog pun dah banyak hari tak dikemaskinikan.Maklum laaa,Kerja, Maka, hari ini kami kembali Beraksi...Plan kayuhan pagi tadi terpaksa dibatalkan disebabkan hujan lebat dan keadaan cuaca yg tak menentu sejak akhir2 ni.Walaubagaimanapun, kayuhan petang ini diteruskan juga walaupun kelihatan tompok2 awan hitam menyelubungi sebahagian besar kawasan Pulau pinang.Tambah lagi perasaan gian nak kayuh tak dapat ditepis lagi sebab dah banyak hari tak mengayuh.Selain Blogger sendiri,4 Rider lain berjaya dikumpul hari ini iaitu Bro Shah,Pak nasir,KJ dan E.Petang ni layan Road saja sebab nak mengelakan dari ditimpa hujan.Secara ringkasnya, Laluan hari ini adalah “one loop town” :-Bayan Baru-Lebuhraya jelutong-Padang Kota-Green Lane-Bukit Gambir-Byn Baru.Alhamdulillah,kayuhan hari ni selamat dijalankan sebaik mungkin dan cuaca semakin baik menjelang petang seakan memberi ruang utk kami mengayuh hari ni.Layankan gambar2 yg sempat dirakam hari ni…Zassssss….!

The journey Begin at Bayan Baru.....

Plan asal nak ke arah Teluk kumbar/Gertak sanggul, Tapi kelihatan awan hitam yg tebal dan seakan hujan dah kat area sana,Kami tukar plan Z...Layan Route Town...

E yang bersemangat hari ni.Dari kemarin dok bermesej tanya bila nak kayuh... gian sgt dahh..hehe

DiHighway jelutong...Kelihatan bangunan Komtar yang tersergam gagah...

Yuhuuu...Dah dipadang Kota lama...Rest amik nyawa sat....Time brenti baru blogger ada chance berposing...hehe

Pak Nasir,KJ dan E tak melepaskan peluang bergambar dipinggir laut nan Indah...

Ni dah sampai area Padang Brown?Datuk Keramat...Menuju keGreen Lane

Ditraffic light Dato kramat.Baru dapat snap pic bro shah...biasa laaa..dia penghulu hari ni, kena pi rickey jalan dulu.hehe...


Alamak...Brenti kedai roti la pulok...Pakat beli roti benggali kat dato' kramat...

Aik...Ni tuan kedai ka???...ler..Pak nasir rupanyaaa...Ingat tuan kedai..nampak cam keloi suruh masuk kedai je...hehe...

Ni Dia kedai tu..Patchee Bakery.sapa minat roti benggali, meh la cari...


Diarea Green Lane dah...Ambik jalan perumahan nak elakkan kesesakan dilaluan ni...

Aik...sempat juga...Biasalaaa...dah brenti,bleh la snap skepin...

Diperkarangan Bukit Gambir Hiking Trail...Kelihatan E dok kontrol pernafasan..Penat yer...

Nohhh...Panjat Gambir trail pulok...Best trek nihhh...

Dah sampai dipuncak..Kelihatan E yang baru tiba dari kerja keras..syabas bro..U made it....!

Lepak2 kat Puncak..Macam kat CHINA daaa...Bendera belakan tu dia tulis apa ntah...Hari ni naik sampai tokong jer,Tak bleh layan Offroad sebab bro syah layan Tayar Road dan KJ plak RoadBike...Jamis dok worksyop lagi...huhu.

Posing lagiii...Blogger pun nak "EnterFrame" jugakkkk....keh keh keh.

Fuhhh...Pemandangan yg Indah dari Puncak ni...Kelihatan Penang bridge dan tanah besar...

Dah nak balik dahhh...Layan DownHill plak....

Aii..Tak mau balik kaaa..hehe.KJ,bro Shah dan Pak nasir Bersiap sedia utk turun...

Ni Kat depan pintu USM bukit Gambir.Menunggu ketibaan E...

Sampai dahhh bro E...Masih lagi cergasss.....

Tu jer utk hari ni...Bestttt.....Wassalam dan penutup blog dr blogger.

Jumpa Lagiiiii.....

No comments:

Post a Comment