Monday, August 3, 2009

Mai ReSet-Up Basikal @ DreamwerkZ.

Heyyooo All riders and Visitor sekalian.Setelah berehat lebih kurang 2 hari dari kepenatan jamboree Kedah tempohari,Hari ni aktiviti yang pertama adalah nak pi checking,Service dan setting balik jentera gua yangmenghadapi pelbagai masalah masa jamboree hari tu.Kiranya,kalu tak masuk worksyop,mmg tak syiok dan tak shesuai la nak kayuh…

Destinasi hari ni adalah “Dreamwerkz” cycle kat tanjung dan doctor basikal kat sini adalah tak Lain tak bukan, Mr.Faizal the specialist.Dia ni memang pakar utk segala macam jenis basikal laaa...dari basikal tua, asikal muda sehinggalah la ke basikal kanak2.keh keh keh.Apalagi,dengan kelengkapan yang serba cukup dan terkini,menjadikan semua kerja penyenggaraan menjadi mudah dan teratur.Memang tak sia-sia mai jauh2 sebab Sentuhan Mr.Faizal ni memang penuh dengan ketelitian.pendek kata, dari hujung tayar depan sampailah keujung tayar belakang mendapat perhatian yang sewajarnya.Dari aktiviti Pemeriksaan basikal,Servicing, testing hinggalah ke Touch up,semuanya dilakukan dengan baik dan sempurna.

Balik jer dari kedai basikal tu,aku terus bersiap,apa lagi….....Test Drive laaaa….Sememangnya,seperti yang diduga, jentera aku dah berfungsi dengan baik.Dari penukaran gear sehinggalah kepada handling semuanya berjalan lancar dan "Smoothhhhh"...memang puas hati laaa…Macam org kata..Soal Kata, Mulut Boleh Bohong …Soal Rasa…Mulut Tak Boleh Bohong….Keh keh keh….Tak percaya kalu, Mai la cuba Hantar basikal kat sini.... Ada sedikit gambar yang sempat dirakam masa dok me"nyetap" tadi..hehe

Ni Dia Kedai Basikal DreamWerkz.Kalau nak cari senang jer,TGerletak diBelakang stadium Bandaraya ataupun RopeWalk.

All Ready....Apron pun dah pakai...Senduk dan periuk ada kat belakang nun..hehe

Checking Progressss....

Masa ni dok Check dan pebetui balik mana2 kabel yang tak betui....Siap boh minyak tu kat Kabel lepas tu..mmg best laaa...

Setting-Up RD....Gear ada problem sebab aku punya RD hanger pun bengkok sikit.problem been Fixed...macam report kat tmpat kijer la pulok!

Dok Set-up gearing system...Basikal dan pomen perpelukan sambil dok pebetui apa yg patut.

Lebih kurang dekat 2 jam,Ni proses yg last skali dah, Touch up...Ala2 make up la jugak..bagi nampak seperti baru sikit...Done!.

Siap jer basikal aku...Next basikal dia service dan check pulak adalah Basikal DownHill...Fuuhhh...Ganaz tol....
Ni dok set-up dan service DownHill Machine tuhhh.....Puluhan ribu punya jentera nihhh...banyak duit tol tuan dia...Memba2 kita la jgk...hehe.

Sessi Test Drive Gerek DownHill sebelum diserahkan kepada pengembala atau penungangnya...

Tu...Dok testing Basikal lagi...Siap wheeley tuuu...nak wat camana dah Pomen pun joki....hehe

Aku dah nak chow dahhh..."To all, Selamat datang ke mydreamwerkz"......Faizal

The "All Black"....Ready to be Tested....

Penutup Blog hari ni....Masa ni kat Bukit Pak Latok, sebelum aku kerabat pulak bukit karpet.Kayu kat depan tu adalah senjata aku sebagai perlindungan sekiranya ada anjing yangcuba mendekati...huhu..
Tu jer utk hari ni..Jumpa lagi...

1 comment: